Chat Now
Whatsapp Chat
Send us a message today and I will contact you as soon as possible.

COVID-19: Peluang Buat E-Dagang

Pandemik Coronavirus (COVID-19) yang meningkat sejak ianya merebak pada awal tahun ini telah mengakibatkan ribuan kematian dan berjuta lagi kes positif di seluruh dunia. Keadaan ini memberi kesan negatif terhadap ekonomi dikebanyakan negara, terutama di Asia Tenggara.

Di Malaysia misalnya, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan oleh kerajaan, mengarahkan perkhidmatan bukan keperluan untuk menghentikan sementara operasi mereka. Selama tiga bulan, semua rumah ibadah, institusi akademik, dan tempat awam lain telah diarahkan ditutup untuk menghentikan penyebaran COVID-19. Kawalan sempadan juga diperketatkan bagi mengawal kemasukan pelancong asing ke Malaysia.

Selain itu, pelaksanaan SOP seperti penjarakan sosial dan kebenaran hanya seorang dari setiap isi rumah yang dibenarkan keluar rumah untuk membeli barangan keperluan harian, telah memberi impak kepada sektor runcit di negara ini. Namun begitu, penangguhan sementara operasi perniagaan bukan keperluan serta pergerakan terhad ke pasaraya dan kedai runcit telah membuka lebih banyak peluang untuk industri E-Dagang.

Menurut kajian Vase.ai, sekurang-kurangnya 60% responden di Malaysia aktif membeli secara atas sejak pelaksanaan PKP berbanding sebelumnya. Berdasarkan tinjauan, kedai runcit dalam talian yang terkenal di negara ini adalah Mydin Online dan Tesco Online.

Secara amnya, industri E-dagang adalah salah satu perkhidmatan penting bukan hanya di Malaysia, tetapi juga di negara-negara Asia Tenggara seperti Filipina, Indonesia, Thailand, dan Singapura. Menurut agensi web design Malaysia, sejak pandemik ini menular, masyarakat lebih bersedia untuk membeli secara atas talian, sekaligus melihatkan perubahan gaya hidup dan rutin seperti keperluan untuk bekerja dari rumah dan penerokaan minat baru ketika tinggal di rumah juga memberikan peluang yang lebih besar untuk industri E-dagang berkembang pada skala global.

Pada masa ini, dengan permintaan yang lebih tinggi pada pembelian atas talian, lebih banyak pengguna mengharapkan kelancaran penghantaran barangan yang dibeli. Secara keseluruhan, wabak COVID-19 telah membuka peluang buat industri E-dagang berkembang kerana ia menjadi pilihan utama pengguna pada waktu yang sulit ini.

Published in: Utusan Online

Picture of Syaf

Syaf

Syaf is the Founder at Brand Chapter Agency, a branding and web design agency with clients across all industries.

Share the Post:

Related Posts